Ajaran
islam adalah ajaran yang bersumber pada wahyu Allah, Al Qur’an dalam penjabarannya
terdapat pada hadis Nabi Muhammad SAW. Masalah akhlak dalam Islam mendapat
perhatian yang sangat besar. Berdasarkan bahasa,akhlak berarti sifat atau
tabiat. Berdasarkan istilah, akhlak berarti kumpulan sifat yg dimiliki oleh
seseorang yang melahirkan perbuatan baik dan buruk.
Konsep
Akhlak menurut Al-Ghazali adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinya lahir
perbuatan yang mudah tanpa pertimbangan pikiran terlebih dahulu. Akhlak
meliputi jangkauan yang sangat luas dalam segala aspek kehidupan. Akhlak
meliputi hubungan hamba dengan Tuhannya (vertikal) dalam bentuk ritual
keagamaan dan berbentuk pergaulan sesama manusia (horizontal) dan juga sifat
serta sikap yang terpantul terhadap semua makhluk (alam semesta).
Bagi
seorang muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad
SAW karena sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah
sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswatun hasanah (contoh teladan) terbaik
bagi seluruh kaum Muslimin.
Allah Subhana
Wa Taalah sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad SAW di dalam AlQuran sebagaimana
firman-Nya: “Dan sesungguhnya engkau
(Muhammad) benar-benar berakhlak agung.” (Al-Qalam:4)
Rasulullah
SAW memerintahkan umatnya untuk berakhlak baik seperti yang terkandung dalam hadis: “Orang mukmin yang paling sempurna
keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
Akhlak Mahmudah
Akhlak-akhlak
baik (mahmudah) meliputi : ikhlas, sabar, syukur, khauf (takut kemurkaan Allah),
Roja’ (mengharapkan keridhaan Allah), jujur, adil, amanah, tawadhu (merendahkan
diri sesama muslim), bersyukur dan akhlak terpuji lainnya.
Akhlak Mazmumah
Selain
menjaga akhlak mahmudah, seorang muslim juga harus menghindari akhlak mazmumah
(akhlak tercela) yang meliputi:
tergesa-gesa, riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada
orang lain), dengki (hasad), takabbur (membesarkan diri), ujub (kagum dengan
diri sendiri), bakhil, buruk sangka, tamak,
pemarah dan akhlak tercela lainnya.
Sifat-sifat Mahmudah
Taubat
ialah keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui
jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya (taubat Nasuha). Zuhud
ialah satu corak kehidupan insane mukmin yang mengekang jiwadaripada segala rupa
kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.
Takut
Allah ialah seorang muslim itu mengenali zat Allah melalui mengenal sifat-sifat
Allah dan mempunyai jiwa yang takut akan melakukan perkara dosa atau perkara
yang dilarang oleh Islam.
Mahabbah
(cinta Allah dan Rasul) ialah kasih seorang mukmin kepada Allah dan RasulNya
melebihi segala yang lain. Melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama
dan rela mengorban dirinya ke jalan Allah.
Sabar
ialah separuh dari iman. Sabar juga adalah susah untuk dipraktikkan dalam diri seseorang
kecuali mukmin yang kuat imannya dan redho segala ujian dari Allah.
Syukur
ialah seorang mukmin yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat
yang diberikan. Bersyukur kepada Allah ini banyak caranya seperti melaksanakan segala
ibadah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut
kalimah tayyibah (Perkataan yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah
dan sebagainya.
Ikhlas
dan benar ialah mukmin yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang benar ikhlas. Setiap amalan ibadah atau
pekerjaan agama hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas hati, ihsan kepada Allah
dengan sebenar-benar ibadah seolahnya Allah berada dihadapan kita.
Tawakal
ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikuti dengan
usaha.
Reda
dengan qadak Allah ialah salah satu daripada sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah
sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar.
Mengingati
mati ialah mukmin yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang pintar, kerana
mereka sentiasa bersedia untuk mati dengan segala ibadah yang dilaksanakan.
Sifat Mazmumah
Gemar
Makan dan Minum. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Yang terlebih Afdal (utama)
pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil
meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak
tidur dan banyak minum”.
Banyak
berkata-kata perkara sia-sia ialah manusia yang suka berkata-kata, berbual-bual
dan bersembang-sembang perkara yang laqa (lalai) seperti mencaci orang,
menfitnah, hanya kepentingan dunia, perkara tanpa faedah dan sebagainya. Firman
Allah swt yang bermaksud : “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka,
melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat
makruf, atau mendamaikan manusia”. (An-Nisa : 114)
Marah
ialah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang
demikian, selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan
dirinya.
Hasad
dengki, dan iri hati ialah seseorang itu rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi
orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Hadis Nabi saw yang
bermaksud : “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan
(membakar) kayu.”Kasih kepada harta ialah seseorang yang memiliki harta dan
kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak
haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.
Takbur,
punca berlakunya sifat takbur adalah dari banyak sebab yang boleh menyebabkan
seseorang itu takbur atau sombong diri
seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak
pengikut dan banyak ibadat.
Riyak,
orang yang riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan
menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian,
pangkat atau kedudukan.
Ujub
ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud bererti berasa hairan dengan keistimewaan
dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan
, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
Kasih
akan Dunia ialah orang yang mempunyai hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan
kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Firman Allah
yang bermaksud : “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda
gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul
harta kekayaan dan anak pinak.”(Al-Hadid : 20)
Nasihat dan Peringatan
Sebagai
seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah
Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan
patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kita wajib
membenarkan hati, perbuatan dan perkataan
akan setiap perkara yang dibawa
oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah. Panduan bagi umat Islam untuk
menuju kepada Allah atau menuju redho Allah adalah perlu menjadikan Nabi
sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan kehidupan kita. Jangan jadikan artis
atau nama-nama tokoh bukan agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini akan
menyesatkan kita semua. Kecuali kita jadikan ulama atau orang alim sebagai
idola dalam kehidupan kita, kerana orang alim atau ulama adalah pewaris Nabi dan mereka adalah penerus
dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya jika dijadikan ulama
sebagai panduan dan idola sebab mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan
mereka juga dekat diri dengan Allah.
Ulama
yang di maksud ialah ulama atau ahli agama yang benar-benar berjalan di jalan Allah
yang mempedomani Alqur’an, hadits atau mujtihad sebagai dasar dalam bertindak
dan mengambil keputusan soal hukum agama dan bukan mereka yang mengaku ahli
agama dengan tujuan mempengaruhi umat manusia untuk mengikuti ajaran mereka
sendiri ajaran yang mereka ciptakan untuk menyesatkan umat manusia seperti yang
banyak terjadi saat ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar